Tragedi 2022: Batang Kali

 


16 Disember 2022 merupakan tarikh keramat dimana satu negara menjadi saksi berlakunya tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang kali yang membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban. Kejadian tanah runtuh ini merupakan tragedi kedua terbesar di Malaysia selepas runtuhan Kondominium Highlands Tower pada tahun 1993 yang lalu. 

Satu peristiwa yang sangat menyayat hati dan mendatangkan trauma yang sangat dasyat kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Percutian yang disangkakan akan mencipta memori yang indah tetapi kini terpahat satu tragedi yang tidak boleh dilupakan untuk selama - lamanya. Sesungguhnya perancangan Allah SWT jauh lebih baik daripada perancangan kita sebagai hambaNya. Mungkin kita merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta tetapi Allah telah berkehendakkan lain. 

Ucapan takziah saya sampaikan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Semoga keluarga mangsa dapat menerima ketentuan Ilahi dan reda dengan apa yang berlaku. Kepada mangsa - mangsa yang terkorban, semoga ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan diterima amal kebaikannya di sisi Allah SWT. Aaminn Aaminn Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hamba - hamba-Nya diluar kemampuan mereka. 

Mungkin saya tidak berada di tempat keluarga mangsa, tetapi perasaan apabila kita kehilangan orang yang tersayang itu, saya faham dan saya juga pernah merasainya. Semoga kita sama - sama cekal dalam menerima ujian dari-Nya. Berharap sinar esok akan menerangi suram kita pada hari ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

JIHAD SAATERA 'Sajak Tonggak Kesenian Dunia Sastera'