Tragedi Pondok Pak Ya

 


"Kejadian ini seperti baharu berlaku semalam, pedihnya masih berbekas sehingga kini"

Walaupun sudah lebih 30 tahun sejak kebakaran sebuah sekolah agama di Padang Lumat, Kedah ini berlaku, tragedinya masih terpahat di sanubari keluarga mangsa, guru - guru, sahabat dan kami rakyat Malaysia. Ianya masih kekal dalam ingatan sehingga ke hari ini. 

Bangunan asrama yang menempatkan pelajar - pelajar perempuan di Sekolah Menengah (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya ini ranap dibakar api yang semakin marak. Kejadian ini berlaku pada awal pagi hari Jumaat, 22 September 1989, dan ia mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 orang pelajar perempuan telah terkorban dalam kejadian malang tersebut. 

Kesemua mayat mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas tidak jauh dari tempat kejadian yang diberi nama Tanah Perkuburan 27 Orang Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya. Mangsa - mangsa yang terkorban dikebumikan di dalam satu liang lahad.


Wahai para syuhada, kami tidak pernah melupakanmu. Walaupun kita tidak pernah kenal dan bersua muka, namun doa - doaku dan seluruh rakyat Malaysia mengiringi kepergianmu. Semoga kamu bahagia di alam sana. Bermainlah di taman Syurga Allah. Moga kelak kita bertemu jua.

Al-Fatihah...

Comments

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?