Ilmuwan Islam: Imam Syafi'e


 Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi'e atau sering disebut Imam Syafi'e, lahir pada 150 Hijrah di Asqalan, Gaza, Palestina. Beliau merupakan ulama besar pada 204 Hijrah kerana dilantik sebagai seorang mufti besar sunni Islam dan pendiri Mazhab Syafi'e. 

Saat usia 20 tahun, Imam Syafi'e pergi ke Madinah untuk berguru dengan seorang ulama besar saat itu, iaitu Imam Malik. Dua tahun kemudian, beliau pergi ke Iraq untuk menjadi guru kepada anak - anak murid Imam Hanafi di sana. 

Salah satu karangan beliau ialah "Ar Risalah", buku pertama tentang usul Fiqh dan kitab "Al Umm" yang berisi mazhab Fiqh beliau yang baharu. Imam Syafi'e juga merupakan seorang mujtahid mutlak, Imam Fiqh, Hadis dan Usul. 

Imam Ahmad pernah berkata tentang Imam Syafi'e:
    "Dia adalah orang yang aling faqih dalam Al-Quran dan As Sunnah. Tidak seorang pun yang pernah memengang pena dan tinta (ilmu) melainkan Allah memberinya di 'leher' Syafi'e."

Imam Syafi'e disanjung dengan sifat yang penuh amanah, zuhud, wara', takwa, dermawan, tingkah laku yang baik dan darjat beliau yang sangat tinggi. Beliau telah wafat pada malam jumaat menjelang subuh pada hari terakhir bulan Rajab tahun 204 Hijriyyah pada usia 52 tahun di Kaherah, Mesir. 

Terdapat ramai lagi tokoh ulama dan ilmuwan seunni yang diperakui kebenaran ilmu yang dibawa seperti Imam Al-Ghazali, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Al-Baihaqi, Imam Khandahlawi dan ramai lagi. Justeru itu, dengan mengenali dan mencontohi tokoh - tokoh ulama dan ilmuwan Islam ini, kita akan lebih bersemangat dalam mempelajari ilmu agama kerana menuntut ilmu agama terutamanya ilmu syariat itu adalah wajib bagi setiap Muslim. 

Firman Allah Ta'ala: 
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

"Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia, sedangkan mereka lalai tentang (kehidupan) akhirat".
QS. Ar-Ruum (30): 7


Comments

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Tragedi Pondok Pak Ya