Kritikan Drama 'Pendosa Ingin Ke Syurga'

 


Drama yang berpengaruh buruk kepada anak muda! 

Drama ini memaparkan kisah yang sangat meruntuh akhlak dan mencemarkan nama Islam. Hal ini dapat dilihat pada watak utamanya apabila perkahwinan diantara bapa kandung dan anak perempuan kandungnya sendiri terjadi.

Drama ini akan memberi satu tanggapan buruk bagi mereka yang memandang agama Islam sebagai agama yang bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta. Seharusnya drama ini tidak disiarkan untuk tatapan penonton walaupun ia memberi banyak pengajaran. 

Drama yang berhubung kait dengan agama Islam seharusnya ditapis terlebih dahulu supaya kehormatan dan kesanjungan tinggi terhadap agama Islam dapat dijaga.

Susunan plot yang dibuat oleh penulis sudah cantik, iaitu mempunyai prolog dan epilog serta terdapat monolog dalaman yang menyampaikan maksud drama ini dengan sempurna. Oleh itu, sasaran penonton yang menonton drama ini harus diambil kira kerana ia memberi dampak yang cukup besar kepada mereka terutamanya yang masih dibawah umur. 

Ibu bapa harus memantau anak mereka daripada menonton drama yang boleh merosakkan minda dan akhlak. Ibu bapa adalah cerminan akhlak anak - anak. Jagalah aktiviti menonton drama atau filem anak - anak supaya mereka tidak terpengaruh dengan lakonan semata - mata. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Drama yang baik akan meyajikan contoh tauladan kepada penonton. Oleh itu, pengarah haruslah menerbitkan drama dan filem yang sesuai untuk tatapan umum lebih - lebih lagi bagi mereka yang masih dibawah umur. 

Kritikan sosial dalam drama 'Pendosa Ingin Ke Syurga'

- Perkahwinan sesama mahram (ayah kandung dan anak perempuan kandung)
Perkahwinan diantara Abdullah dan Murni telah berlaku apabila mereka jatuh cinta diantara satu sama lain dan berencana untuk bernikah tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya mempunyai pertalian darah sebagai ayah dan anak perempuan kandung.

- Nasab anak yang dilahirkan hasil perkahwinan sumbang mahram
Anak yang dilahirkan Murni, hasil pernikahan dengan ayah kandungnya sendiri telah mendatangkan banyak persoalan tentang nasab anaknya itu sama ada anaknya boleh didaftarkan sebagai anak sah taraf ataupun tidak. Sikap Murni dianggap menjatuhkan kemuliaan agama Islam apabila dia berkahwin dengan ayah kandungnya sendiri dan melahirkan seorang anak. 

- Menyembunyikan kebenaran tentang wali anak kandung
Sikap Aisyah, ibu kandung Murni yang menyembunyikan kandungan dan kelahiran anak perempuan daripada suaminya, Abdullah menyebabkan Abdullah mengahwini anak perempuannya sendiri tanpa mengetahui bahawa dia mempunyai anak hasil daripada perkahwinannya dahulu. Aisyah juga membohongi Murni tentang kewujudan ayah kandungnya dan menyebabkan anaknya menganggap ayah kandungnya telah meninggal dunia. 

Comments

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Tragedi Pondok Pak Ya