Pandemik dan Sastera
Sudah hampir dua tahun lebih pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia dan mengubah kehidupan secara amnya. Tidak kira siapa, status, pekerjaan atau usia, semuanya mengalami dampak yang sama. Pandemik Covid-19 seperti epidemik dan peperangan, ia akan memberikan inspirasi dan ilham yang sebaiknya kepada penulis. Pengarang besar menghasilkan karya mengenai pandemik dan menggunakannya sebagai simbol untuk bacaan semua.
Covid-19 baharu itu akan menjadi sebahagian latar sastera dan imaginasi kemanusiaan seperti peperangan, wabak dan pandemik lain dalam sejarah. Terus menaungi kehidupan sebelum kiamat. Dalam keadaan begini, penulis boleh berkarya, memanfaatkan teknologi dan masa hadapan dengan membudayakan norma baharu yang berlaku sekelip mata ini. Terus memeriahkan dan mengimarahkan sastera, seni dan budaya sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).
Sewaktu PKP yang lalu, karyawan terus berkarya dan berkongsi pengalaman dengan pembaca dan mula mencari peluang dalam talian. Dunia penulisan tiada terhad dan hanya memerlukan langkah panjang untuk terus subur dan membiak bebas. Jika dilihat secara proaktif dan terbuka, peluang terus mencakupi pelantar media sosial yang bersesuaian. Media sosial membuka pelbagai ruang sastera, bicara seni, diskusi karya kendiri dan peluang untuk berkolaborasi dengan karyawan lain.
Rebut waktu dan peluang yang ada untuk terus memartabatkan karya dan dunia sastera! Ayuh bangkit demi sastera! Unggulkan karya, sebarkan ilmu!
Comments
Post a Comment