Kuasa Politik!

 

Kami telah memilih dirimu (ahli politik) kerana percaya akal budimu. Justeru itu, jangan dirimu mengubah haluan sehingga menghilangkan kepercayaan kami terhadapmu! 

Ini zaman kesedihan kami apabila negara ditimpa penularan Covid-19 dan dilanda bah.

Dalam keadaan ini, kami sebagai rakyat berada dalam kesusahan apabila perlu berhadapan kepayahan dalam mencari sesuap nasi. 

Kami tahu, jumlah pendapatanmu mencecah ribuan ringgit! Kami tahu, duitmu tidak akan pernah habis! Setahun digunakan pun tidak habis tetapi...dalam situasi sukar ini, fikirkanlah juga kebajikan rakyat yang sedang menempuh dugaan daripada Allah SWT. 

Jangan berebut kuasa! Jangan berebut pangkat! Jangan berebut darjat! Jangan memecat mereka yang tidak sehaluan dan memohon untuk mengadakan pilihan raya. Sabarlah! Waktu dan ketika akan tiba jua.

Ini musim susah kami. Rakyat gelisah. Rakyat benci akan sikap dirimu yang mementingkan kuasa dan jawatan tanpa memikirkan kesusahan rakyat yang terpaksa terhimpit demi meneruskan kehidupan. 

Ingatlah! Sikap sombong dirimu itu akan terbalas nanti. Kerajaan sekarang telah teguh membantu rakyat dengan pelbagai cara. Jangan buat kecoh dengan hal remeh - temeh.

Bangkitlah bersama membantu rakyat dan negara supaya semuanya selamat. Kes Covid-19 makin meningkat. Kes kematian makin bertambah. 

Sedarlah dirimu wahai ahli politik! Jangan bermain wayang! Kelak nanti orang Melayu yang rugi.


Comments

Popular posts from this blog

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

JIHAD SAATERA 'Sajak Tonggak Kesenian Dunia Sastera'