Tsunami Aceh: Memori Kelam 2004


 Hari ini genap 18 tahun Aceh bangkit dari kemusnahan akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 lalu. Tsunami Aceh adalah salah satu bencana terbesar dan terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Indonesia.

Muzium Kapal di Atas Rumah merupakan satu monumen yang masih kekal sehingga ke hari ini dan menjadi saksi kepada berjuta umat manusia betapa dahsyatnya kejadian yang pernah berlaku pada tahun 2004 itu. 

Dalam kejadian 18 tahun lalu itu, gempa bumi berkekuatan 9.1 skala richter merupakan antara yang terkuat yang pernah tercatat dalam sejarah kerana kekuatan yang luar biasa itu telah menghancurkan bawah laut di Lautan Hindi. Ia mendorong kejadian tsunami yang sangat besar dan meragut 230,000 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam. Gelombang besar nan kuat ini tidak hanya menghanyutkan ratusan ribu nyawa manusia, binatang ternakan, daerah atau wilayah, tetapi juga mampu mengheret sebuah kapal ke tengah daratan.

Betapa dahsyatnya kuasa Tuhan ketika itu. Allahualam. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga Allah menggantikan kehilangan itu dengan satu sinar harapan yang membahagiakan semua umat. Aaminn Ya Rabbal Alamin. 

Mari kita bersama - sama mengambil iktibar daripada perkara yang berlaku dan memohon kerahmatan serta kesejahteraan untuk semua. Jaga diri dan dekatkan dirimu dengan Allah SWT. 

Comments

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Tragedi Pondok Pak Ya