Kritikan Drama 'Pendosa Ingin Ke Syurga'
Drama yang berpengaruh buruk kepada anak muda! Drama ini memaparkan kisah yang sangat meruntuh akhlak dan mencemarkan nama Islam. Hal ini dapat dilihat pada watak utamanya apabila perkahwinan diantara bapa kandung dan anak perempuan kandungnya sendiri terjadi. Drama ini akan memberi satu tanggapan buruk bagi mereka yang memandang agama Islam sebagai agama yang bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta. Seharusnya drama ini tidak disiarkan untuk tatapan penonton walaupun ia memberi banyak pengajaran. Drama yang berhubung kait dengan agama Islam seharusnya ditapis terlebih dahulu supaya kehormatan dan kesanjungan tinggi terhadap agama Islam dapat dijaga. Susunan plot yang dibuat oleh penulis sudah cantik, iaitu mempunyai prolog dan epilog serta terdapat monolog dalaman yang menyampaikan maksud drama ini dengan sempurna. Oleh itu, sasaran penonton yang menonton drama ini harus diambil kira kerana ia memberi dampak yang cukup besar kepada mereka t