Sastera Melayu Wadah Perpaduan!
Bidang sastera selalu juga ada isu politik tetapi dalam sastera tidak ada politik kepartian. Justeru, sastera mampu mengeratkan perpaduan kaum di negara ini berikutan perpecahan akibat fahaman politik. Walaupun ada dalam kalangan orang sastera terlibat dalam politik tetapi mereka tidaklah terbawa - bawa dalam penulisan dan kegiatan sastera. Oleh itu, sastera mampu menjana perpaduan kaum yang utuh dan padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Melalui penulisan dan pelbagai kegiatan sastera, rakyat dapat disatukan dan menjadi wadah ke arah perpaduan. Karya - karya sastera di negara ini banyak menjurus ke arah perpaduan kaum melalui tema, watak, latar masyarakat dan latar kehidupan. Perjuangan sastera lebih ke arah menyatupadukan kaum, kehidupan yang harmoni dan juga menerapkan rasa kemanusiaan ke arah pembentukan tamadun bangsa. Perkara ini boleh dilihat dan didapati melalui hasil karya pengarang besar seperti Ishak Haji Muhammad (Pak sako), Keris Mas, Usman awang, Shahn