Posts

Showing posts from November, 2022

Pandemik dan Sastera

Image
  Sudah hampir dua tahun lebih pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia dan mengubah kehidupan secara amnya. Tidak kira siapa, status, pekerjaan atau usia, semuanya mengalami dampak yang sama. Pandemik Covid-19 seperti epidemik dan peperangan, ia akan memberikan inspirasi dan ilham yang sebaiknya kepada penulis. Pengarang besar menghasilkan karya mengenai pandemik dan menggunakannya sebagai simbol untuk bacaan semua.  Covid-19 baharu itu akan menjadi sebahagian latar sastera dan imaginasi kemanusiaan seperti peperangan, wabak dan pandemik lain dalam sejarah. Terus menaungi kehidupan sebelum kiamat. Dalam keadaan begini, penulis boleh berkarya, memanfaatkan teknologi dan masa hadapan dengan membudayakan norma baharu yang berlaku sekelip mata ini. Terus memeriahkan dan mengimarahkan sastera, seni dan budaya sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Sewaktu PKP yang lalu, karyawan terus berkarya dan berkongsi pengalaman dengan pembaca dan mula mencari peluang dalam talian. Dunia penulis

Tsunami Aceh: Memori Kelam 2004

Image
 Hari ini genap 18 tahun Aceh bangkit dari kemusnahan akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 lalu. Tsunami Aceh adalah salah satu bencana terbesar dan terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Indonesia. Muzium Kapal di Atas Rumah merupakan satu monumen yang masih kekal sehingga ke hari ini dan menjadi saksi kepada berjuta umat manusia betapa dahsyatnya kejadian yang pernah berlaku pada tahun 2004 itu.  Dalam kejadian 18 tahun lalu itu, gempa bumi berkekuatan 9.1 skala richter merupakan antara yang terkuat yang pernah tercatat dalam sejarah kerana kekuatan yang luar biasa itu telah menghancurkan bawah laut di Lautan Hindi. Ia mendorong kejadian tsunami yang sangat besar dan meragut 230,000 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam. Gelombang besar nan kuat ini tidak hanya menghanyutkan ratusan ribu nyawa manusia, binatang ternakan, daerah atau wilayah, tetapi juga mampu mengheret sebuah kapal ke tengah daratan. Betapa dahsyatnya kuasa Tuhan ketika itu. Al

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Image
  Generasi sekarang mungkin tidak peduli dan peka akan Bukit Bintang City Centre (BBC) milik Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) sebenarnya dahulu adalah sebuah penjara yang amat digeruni. Bagi mereka yang pernah menjadi penghuni setianya dan di tahan di sini, mereka umpama mati dalam hidup. Kehidupan ibarat mahligai terakhir memisahkan gelaran mereka sebagai penjenayah yang terpaksa akur dan mengakhiri sisa hidupnya hanya di sini.  Di situlah letaknya penjara Pudu atau lebih sinonim dengan panggilan 'Pudu Jel'. Sebuah penjara yang menyembunyikan banyak kisah di sebalik tembok tingginya dan menyimpan seribu satu kenangan kepada penghuninya serta mereka yang bertugas 24 jam tanpa henti. Menabur penuh bakti tidak mengira siang dan malam di samping melakarkan pelbagai nostalgia. Penjara ini dibina pada Februari 1891, terletak di jalan Hang Tuah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang asalnya dibina di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina. Pembinaan han

Tragedi Pondok Pak Ya

Image
  "Kejadian ini seperti baharu berlaku semalam, pedihnya masih berbekas sehingga kini" Walaupun sudah lebih 30 tahun sejak kebakaran sebuah sekolah agama di Padang Lumat, Kedah ini berlaku, tragedinya masih terpahat di sanubari keluarga mangsa, guru - guru, sahabat dan kami rakyat Malaysia. Ianya masih kekal dalam ingatan sehingga ke hari ini.  Bangunan asrama yang menempatkan pelajar - pelajar perempuan di Sekolah Menengah (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya ini ranap dibakar api yang semakin marak. Kejadian ini berlaku pada awal pagi hari Jumaat, 22 September 1989, dan ia mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 orang pelajar perempuan telah terkorban dalam kejadian malang tersebut.  Kesemua mayat mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas tidak jauh dari tempat kejadian yang diberi nama Tanah Perkuburan 27 Orang Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya. Mangsa - mangsa yang terkorban dikebumikan di dalam satu liang lahad. Wa

Kuasa Politik!

Image
  Kami telah memilih dirimu (ahli politik) kerana percaya akal budimu. Justeru itu, jangan dirimu mengubah haluan sehingga menghilangkan kepercayaan kami terhadapmu!  Ini zaman kesedihan kami apabila negara ditimpa penularan Covid-19 dan dilanda bah. Dalam keadaan ini, kami sebagai rakyat berada dalam kesusahan apabila perlu berhadapan kepayahan dalam mencari sesuap nasi.  Kami tahu, jumlah pendapatanmu mencecah ribuan ringgit! Kami tahu, duitmu tidak akan pernah habis! Setahun digunakan pun tidak habis tetapi...dalam situasi sukar ini, fikirkanlah juga kebajikan rakyat yang sedang menempuh dugaan daripada Allah SWT.  Jangan berebut kuasa! Jangan berebut pangkat! Jangan berebut darjat! Jangan memecat mereka yang tidak sehaluan dan memohon untuk mengadakan pilihan raya. Sabarlah! Waktu dan ketika akan tiba jua. Ini musim susah kami. Rakyat gelisah. Rakyat benci akan sikap dirimu yang mementingkan kuasa dan jawatan tanpa memikirkan kesusahan rakyat yang terpaksa terhimpit demi meneruskan