Posts

JIHAD SAATERA 'Sajak Tonggak Kesenian Dunia Sastera'

Image
                                                     https://youtu.be/KNLSxzAG5eo BBK3408 MULTIMEDIA DALAM KESUSASTERAAN  JIHAD SASTERA " Sajak Tonggak Kesenian Dunia Sastera " Dengarkan deklamasi sajak PERTAMA DAN TERAKHIR nukilan SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID daripada saya, NUR MIRZA FAKHRIAH BINTI MOHD RAMDZI dan tayangan montaj para Sasterawan Negara Malaysia. Sajak : PERTAMA DAN TERAKHIR nukilan A.SAMAD SAID Muzik : GEMURUH JIWA oleh FAIZAL TAHIR Diedit oleh : MIRZA FAKHRIAH Aplikasi : Capcut & Canva Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada PROF. MADYA DR.ARBA'IE SUJUD & DR FATIHA FADILA ABU BAKAR  atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kuliah berlangsung. Semoga kita bersua lagi di lain hari dan masa. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.Arba'ie dan Dr.Fatiha.

Sastera Melayu Wadah Perpaduan!

Image
 Bidang sastera selalu juga ada isu politik tetapi dalam sastera tidak ada politik kepartian. Justeru, sastera mampu mengeratkan perpaduan kaum di negara ini berikutan perpecahan akibat fahaman politik. Walaupun ada dalam kalangan orang sastera terlibat dalam politik tetapi mereka tidaklah terbawa - bawa dalam penulisan dan kegiatan sastera.  Oleh itu, sastera mampu menjana perpaduan kaum yang utuh dan padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Melalui penulisan dan pelbagai kegiatan sastera, rakyat dapat disatukan dan menjadi wadah ke arah perpaduan. Karya - karya sastera di negara ini banyak menjurus ke arah perpaduan kaum melalui tema, watak, latar masyarakat dan latar kehidupan. Perjuangan sastera lebih ke arah menyatupadukan kaum, kehidupan yang harmoni dan juga menerapkan rasa kemanusiaan ke arah pembentukan tamadun bangsa. Perkara ini boleh dilihat dan didapati melalui hasil karya pengarang besar seperti Ishak Haji Muhammad (Pak sako), Keris Mas, Usman awang, Shahn

Sastera dan Masa Depan

Image
  "Umumnya, tiada siapa yang mengetahui persis apakah yang akan benar - benar terjadi pada masa hadapan, termasuklah yang akan terjadi kepada sastera Melayu" Barangkali, istilah yang jarang digunakan atau didengari ialah istilah korpus persuratan yang merujuk himpunan ilmu dan pengetahuan dalam hal yang berkaitan dengan sastera lisan atau tulisan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu pula, terdapat dua jenis korpus persuratan yang sering diperkatakan, iaitu korpus persuratan kesusasteraan tradisional dan kesusasteraan moden.  Korpus persuratan kesusasteraan tradsional, lisan dan tulisan terdiri daripada karya sastera seperti pantun, syair, nazam, seloka, teromba, cerita hikayat, cerita panji dan sebagainya (Kamus Dewan Perdana, 2020). Manakala, korpus persuratan kesusasteraan moden mencakupi karya sastera seperti sajak, cerpen, novel, drama serta karya lain yang mempunyai ciri - ciri moden dan menggunakan sistem tulisan.  Tulisan ini akan membicarakan masa hadapan sastera Melay

Warisan Kebangsaan: Permainan Tradisi

Image
 Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat unik dan menarik. Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan permainan tradisi yang terhasil dari asimilasi pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Permainan tradisi secara amnya terdiri daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung termasuklah batu seremban, congkak, tutup botol, dam aji dan banyak lagi. Manakala, permainan laman pula seperti galah panjang, ketinting, gasing, baling selipar, konda kondi, rebut negeri dan lain - lain.  Kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan dan hal ini mewujudkan interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat, Pada suatu masa dahulu, aktiviti permainan merupakan suatu aktiviti senggang yang dijalnkan dengan meriah seakan - akan pesta keramaian. Penduduk kampung dari semua peringkat umur turun beramai - ramai sama ada untuk menyertai pertandingan atau sebagai penyokong dalam suasana pertandingan yang sihat.  Pada era gajet dan teknologi hari ini, pe

Tumpat Sebagai Bandar Warisan

Image
 Daerah Tumpat khususnya Bandar Tumpat merupakan sebuah kota warisan yang cukup berpotensi untuk dibangun dan dimajukan sesuai dengan tuntutan serta keperluan semasa terutamanya bagi pembangunan sektor pelancongan negara pada masa akan datang. Kelebihan Bandar Tumpat yang terletak di utara negeri Kelantan yang bersempadan dengan Selatan Thailand melalui Sungai Golok ini memiliki kedudukan geografi yang cukup jelas bagi menjamin kemajuan pada sektor pelancongan, khususnya dalam pembangunan warisan. Bandar Tumpat juga merupakan sebuah jajahan yang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong dengan memiliki banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Selain tempat peranginan, Bandar Tumpat juga mempunyai bangunan - bangunan yang berstatus warisan yang masih belum dikenali oleh para pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong dari luar negara. Dari segi etnik, Tumpat memiliki pelbagai etnik. Etnik Melayu merupakan etnik terbesar dan diikuti oleh kaum Siam, Cina, India, Sikh, Kemboja d

Sasterawan Negara: Pejuang Karya Sastera

Image
  Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai barisan Sasterawan Negara  yang cukup hebat dalam menghasilkan pelbagai karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel atau drama.  Nama - nama seperti Keris Mas, A Samad Said, Baha Zain, Kemala, Anwar Ridhwan, Siti Zainon Ismail dan ramai lagi sememangnya telah mencipta nama dalam bidang masing - masing sehingga meraih pelbagai anugerah dan pencapaian sepanjang berkecimpung dalam dunia kesusasteraan ini.  Secara umumnya, seorang Sasterawan Negara merupakan penulis yang sangat berjasa dalam memajukan kesusasteraan sama ada melalui karya kreatif, kritikan, persembahan di pentas atau ceramah yang bersifat pendidikan sastera. Tanda seseorang itu maju dalam bidang kreatif antara lain kemenangan dalam sayembara penulisan atau menang Hadiah Sastera Perdana atau hadiah sastera anjuran pihak kerajaan Negeri.  Sebagai perkongsian buat semua terutamanya generasi baharu, di bawah merupakan senarai nama dan sedikit pengenalan diri Sasterawan Negara Malaysi

Tragedi 2022: Batang Kali

Image
  16 Disember 2022 merupakan tarikh keramat dimana satu negara menjadi saksi berlakunya tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang kali yang membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban. Kejadian tanah runtuh ini merupakan tragedi kedua terbesar di Malaysia selepas runtuhan Kondominium Highlands Tower pada tahun 1993 yang lalu.  Satu peristiwa yang sangat menyayat hati dan mendatangkan trauma yang sangat dasyat kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Percutian yang disangkakan akan mencipta memori yang indah tetapi kini terpahat satu tragedi yang tidak boleh dilupakan untuk selama - lamanya. Sesungguhnya perancangan Allah SWT jauh lebih baik daripada perancangan kita sebagai hambaNya. Mungkin kita merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta tetapi Allah telah berkehendakkan lain.  Ucapan takziah saya sampaikan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Semoga keluarga mangsa dapat menerima ketent

Ilmuwan Islam: Imam Syafi'e

Image
 Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi'e atau sering disebut Imam Syafi'e, lahir pada 150 Hijrah di Asqalan, Gaza, Palestina. Beliau merupakan ulama besar pada 204 Hijrah kerana dilantik sebagai seorang mufti besar sunni Islam dan pendiri Mazhab Syafi'e.  Saat usia 20 tahun, Imam Syafi'e pergi ke Madinah untuk berguru dengan seorang ulama besar saat itu, iaitu Imam Malik. Dua tahun kemudian, beliau pergi ke Iraq untuk menjadi guru kepada anak - anak murid Imam Hanafi di sana.  Salah satu karangan beliau ialah "Ar Risalah", buku pertama tentang usul Fiqh dan kitab "Al Umm" yang berisi mazhab Fiqh beliau yang baharu. Imam Syafi'e juga merupakan seorang mujtahid mutlak, Imam Fiqh, Hadis dan Usul.  Imam Ahmad pernah berkata tentang Imam Syafi'e:     "Dia adalah orang yang aling faqih dalam Al-Quran dan As Sunnah. Tidak seorang pun yang pernah memengang pena dan tinta (ilmu) melainkan Allah memberinya di 'leher' Syafi'e."

Peristiwa 13 Mei 1969: Monumen Berdarah Sebagai Cermin Zaman

Image
  13 Mei 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati lekukan sejarahnya walaupun jumlah korbannya bukanlah mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi 'ketupat berdarah' di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe di Myanmar, konflik Singhalese-Tamil di Sri Langka, Tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan lain - lain pergeseran kaum. Angka korban bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada tragedi ini wajib diberi perhatian.  Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan dengan peristiwa, tokoh - tokoh, asal muasal sesuatu peristiwa. Apa yang paling penting adalah bagaimana untuk mengambil ibrah dan mengelakkan perkara sama terus berulang kesilapan silamnya. Hari yang suram kini genap 53 tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Peristiwa yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia, simbol rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesa

Pandemik dan Sastera

Image
  Sudah hampir dua tahun lebih pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia dan mengubah kehidupan secara amnya. Tidak kira siapa, status, pekerjaan atau usia, semuanya mengalami dampak yang sama. Pandemik Covid-19 seperti epidemik dan peperangan, ia akan memberikan inspirasi dan ilham yang sebaiknya kepada penulis. Pengarang besar menghasilkan karya mengenai pandemik dan menggunakannya sebagai simbol untuk bacaan semua.  Covid-19 baharu itu akan menjadi sebahagian latar sastera dan imaginasi kemanusiaan seperti peperangan, wabak dan pandemik lain dalam sejarah. Terus menaungi kehidupan sebelum kiamat. Dalam keadaan begini, penulis boleh berkarya, memanfaatkan teknologi dan masa hadapan dengan membudayakan norma baharu yang berlaku sekelip mata ini. Terus memeriahkan dan mengimarahkan sastera, seni dan budaya sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Sewaktu PKP yang lalu, karyawan terus berkarya dan berkongsi pengalaman dengan pembaca dan mula mencari peluang dalam talian. Dunia penulis

Tsunami Aceh: Memori Kelam 2004

Image
 Hari ini genap 18 tahun Aceh bangkit dari kemusnahan akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 lalu. Tsunami Aceh adalah salah satu bencana terbesar dan terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Indonesia. Muzium Kapal di Atas Rumah merupakan satu monumen yang masih kekal sehingga ke hari ini dan menjadi saksi kepada berjuta umat manusia betapa dahsyatnya kejadian yang pernah berlaku pada tahun 2004 itu.  Dalam kejadian 18 tahun lalu itu, gempa bumi berkekuatan 9.1 skala richter merupakan antara yang terkuat yang pernah tercatat dalam sejarah kerana kekuatan yang luar biasa itu telah menghancurkan bawah laut di Lautan Hindi. Ia mendorong kejadian tsunami yang sangat besar dan meragut 230,000 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam. Gelombang besar nan kuat ini tidak hanya menghanyutkan ratusan ribu nyawa manusia, binatang ternakan, daerah atau wilayah, tetapi juga mampu mengheret sebuah kapal ke tengah daratan. Betapa dahsyatnya kuasa Tuhan ketika itu. Al

Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat Lagi?

Image
  Generasi sekarang mungkin tidak peduli dan peka akan Bukit Bintang City Centre (BBC) milik Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) sebenarnya dahulu adalah sebuah penjara yang amat digeruni. Bagi mereka yang pernah menjadi penghuni setianya dan di tahan di sini, mereka umpama mati dalam hidup. Kehidupan ibarat mahligai terakhir memisahkan gelaran mereka sebagai penjenayah yang terpaksa akur dan mengakhiri sisa hidupnya hanya di sini.  Di situlah letaknya penjara Pudu atau lebih sinonim dengan panggilan 'Pudu Jel'. Sebuah penjara yang menyembunyikan banyak kisah di sebalik tembok tingginya dan menyimpan seribu satu kenangan kepada penghuninya serta mereka yang bertugas 24 jam tanpa henti. Menabur penuh bakti tidak mengira siang dan malam di samping melakarkan pelbagai nostalgia. Penjara ini dibina pada Februari 1891, terletak di jalan Hang Tuah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang asalnya dibina di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina. Pembinaan han

Tragedi Pondok Pak Ya

Image
  "Kejadian ini seperti baharu berlaku semalam, pedihnya masih berbekas sehingga kini" Walaupun sudah lebih 30 tahun sejak kebakaran sebuah sekolah agama di Padang Lumat, Kedah ini berlaku, tragedinya masih terpahat di sanubari keluarga mangsa, guru - guru, sahabat dan kami rakyat Malaysia. Ianya masih kekal dalam ingatan sehingga ke hari ini.  Bangunan asrama yang menempatkan pelajar - pelajar perempuan di Sekolah Menengah (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya ini ranap dibakar api yang semakin marak. Kejadian ini berlaku pada awal pagi hari Jumaat, 22 September 1989, dan ia mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 orang pelajar perempuan telah terkorban dalam kejadian malang tersebut.  Kesemua mayat mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas tidak jauh dari tempat kejadian yang diberi nama Tanah Perkuburan 27 Orang Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya. Mangsa - mangsa yang terkorban dikebumikan di dalam satu liang lahad. Wa

Kuasa Politik!

Image
  Kami telah memilih dirimu (ahli politik) kerana percaya akal budimu. Justeru itu, jangan dirimu mengubah haluan sehingga menghilangkan kepercayaan kami terhadapmu!  Ini zaman kesedihan kami apabila negara ditimpa penularan Covid-19 dan dilanda bah. Dalam keadaan ini, kami sebagai rakyat berada dalam kesusahan apabila perlu berhadapan kepayahan dalam mencari sesuap nasi.  Kami tahu, jumlah pendapatanmu mencecah ribuan ringgit! Kami tahu, duitmu tidak akan pernah habis! Setahun digunakan pun tidak habis tetapi...dalam situasi sukar ini, fikirkanlah juga kebajikan rakyat yang sedang menempuh dugaan daripada Allah SWT.  Jangan berebut kuasa! Jangan berebut pangkat! Jangan berebut darjat! Jangan memecat mereka yang tidak sehaluan dan memohon untuk mengadakan pilihan raya. Sabarlah! Waktu dan ketika akan tiba jua. Ini musim susah kami. Rakyat gelisah. Rakyat benci akan sikap dirimu yang mementingkan kuasa dan jawatan tanpa memikirkan kesusahan rakyat yang terpaksa terhimpit demi meneruskan

Kritikan Drama 'Pendosa Ingin Ke Syurga'

Image
  Drama yang berpengaruh buruk kepada anak muda!  Drama ini memaparkan kisah yang sangat meruntuh akhlak dan mencemarkan nama Islam. Hal ini dapat dilihat pada watak utamanya apabila perkahwinan diantara bapa kandung dan anak perempuan kandungnya sendiri terjadi. Drama ini akan memberi satu tanggapan buruk bagi mereka yang memandang agama Islam sebagai agama yang bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta. Seharusnya drama ini tidak disiarkan untuk tatapan penonton walaupun ia memberi banyak pengajaran.  Drama yang berhubung kait dengan agama Islam seharusnya ditapis terlebih dahulu supaya kehormatan dan kesanjungan tinggi terhadap agama Islam dapat dijaga. Susunan plot yang dibuat oleh penulis sudah cantik, iaitu mempunyai prolog dan epilog serta terdapat monolog dalaman yang menyampaikan maksud drama ini dengan sempurna. Oleh itu, sasaran penonton yang menonton drama ini harus diambil kira kerana ia memberi dampak yang cukup besar kepada mereka t

Warisan Budaya Negara

Image
Warisan dan budaya tanah air adalah khazanah tidak ternilai yang mesti dilindungi dan dipelihara supaya ia terus menjadi kebanggaan semua. Ia bakal menjadi tatapan generasi seterusnya kerana tamadun serta aspek sejarah yang lampau amat penting dalam pembentukan identiti bangsa dan negara. Baru - baru ini kita menyaksikan bagaimana dua tokoh dunia korporat dan pencinta budaya bergerak sehala untuk memastikan warisan dapat dikekalkan dan dipelihara. Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air diasaskan oleh Yayasan al-Bukhary dengan kerjasama Yayasan Budi, yang masing - masing diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari dan Tan Sri Dr Rais Yatim. Ia dilancarkan di Muzium Kesenian Islam Antarabangsa dan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah satu langkah yang amat diperlukan kerana kita perlu mengkaji fakta sejarah secara empirikal dan dilihat dari pandangan kaca mata kita sendiri, bukannya apa yang disogok dan dikatakan penjajah atau mereka terdahulu. Nilai budaya bukanlah s

Syurgaku!

Image
  Di mataku, wanita paling tabah itu adalah IBU! Engkaulah wanita yang tidak pernah dan tidak akan kalah dengan semua keadaan hidup. Ibu...engkau bagaikan malaikatku... Sewaktu kecil, betapa telitinya engkau menjagaku. Tidak akan engkau biarkan seekor nyamuk pun menggigit kulit halusku. Di saat aku sakit, engkau rela tidak tidur untuk menjagaku. Sentuhanmu, belaianmu membuatku rapuh tidak berdaya. Ia...bagaikan terusap oleh hembusan angin di kala senja. Tapi, apa yang dapat kuberikan padamu saat ini, ibu? Tidak ada! Aku hanya menyusahkanmu. Membuatmu sedih dengan kata - kata dan perbuatan yang terkadang menyakitkan hati kecilmu. Aku hanya membuatmu gelisah dan resah ketika aku lupa waktu pulang kerana kesibukanku sebagai mahasiswa. Terkadang aku tertanya... Apakah Allah akan memaafkanku, dengan apa yang telah aku lakukan padamu Ibu? Dengan selembar nukilan ini, aku memohon maaf padamu, Ibu. Aku tahu, maafku tidak bererti apa - apa kerana di lubuk hatimu, engkau selalu menutup kesalahan